BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 20 Disember 2011

CeRiTa TeNtAnG KebEsArAn (allah)

Lihatlah di sekelilingmu
Tidakkah kamu melihat segala keajaiban ini?
Bertebaran di hadapanmu
Awan yang terapung
Langit cerah membiru
Planet-planet di orbit
Bulan dan matahari
Keharmonian yang sempurna
Ayuh tanyakan diri kita sendiri
Tidakkah bukti-bukti ini cukup?
Atau kita terlalu buta
Hingga menolak semuanya ke tepi
Tidak….
Kita hanya perlu
Buka mata, hati dan minda
Kalaulah kita melihat dengan jelas untuk menyaksikan tanda-tanda itu
Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran
Biarkan sahaja ia memberikan kita kejutan
Membawa kita ke jalan yang terbaik
Allah….
Pandu kami setiap hari
Allah….
Kekalkan kami dekat denganMu
Sehingga detik-detik terakhir
Lihatlah ke dalam dirimu sendiri
Tersusun dengan sempurna
Tersembunyi di dalam tubuhmu
Yang mengalir dalam salur darahmu
Bagaimana pula dengan rasa marah, cinta dan sakit?
Dan segalanya yang kamu rasakan
Bolehkah kamu menyentuhnya?
Adakah ia benar-benar wujud?
Ayuh, tanyakan persoalan ini ke dalam diri
Tidakkah bukti-bukti ini cukup?
Atau kita terlalu buta
Hingga menolak semuanya ke tepi
Tidak….
Kita hanya perlu
Buka mata, hati dan minda
Kalaulah kita melihat dengan jelas untuk menyaksikan tanda-tanda itu
Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran
Biarkan sahaja ia memberikan kita kejutan
Membawa kita ke jalan yang terbaik
Allah….
Pandu kami setiap hari
Allah….
Kekalkan kami dekat denganMu
Sehingga detik-detik terakhir
Apabila seorang bayi dilahirkan
Tiada kudrat, tiada upaya
Dan kamu melihatnya membesar
Jadi, mengapa dinafikan
Apa yang berlaku di hadapan matamu?
Keajaiban terbesar dalam kehidupan
Kita hanya perlu
Buka mata, hati dan minda
Kalaulah kita melihat dengan jelas untuk menyaksikan tanda-tanda itu
Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran
Biarkan sahaja ia memberikan kita kejutan
Membawa kita ke jalan yang terbaik
Allah….
Pandu kami setiap hari
Allah….
Kekalkan kami dekat denganMu
Sehingga detik-detik terakhir
Allah….
Kau ciptakan segalanya
Kami adalah milikMu
Ya Tuhan, kami menadah tangan berdoa
Bersyukur kepadaMu selamanya
Alhamdulillah….

Sabtu, 17 Disember 2011

CeRiTa SeDiH tEnTaNg PeRsAhAbAtAn.... . ..

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan…
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…
Kita tidak tahu…
Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Jumaat, 16 Disember 2011

lawak. . .

    org Amerika kentut ckp EXCUSE ME
    org British kentut ckp PARDON ME
    org Singapore kentut ckp FORGIVE ME
    org kita kentut ckp NOT ME! NOT ME!

cerita sedih tapi lawak lhaa pulak

Tersebut al-kisah 2 insan bercinta... yang lelaki tu nama Razak, yang pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil Fatimah ni sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). Imah ni lak panggil razak ni 'abang' je cos diorang ni dah close, lagi pun razak ni lagi tua drpd imah 4 tahun. Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh... Imah ni kesepian le kat malaysia.http://familiazam.com
Bila dah pisah lama jugak.. kendian Imah boring dok umah sorang ...Ada lak mamat yg bernama Kamarul dtg jumpa Imah. mula2 Imah dgn Kamarul ni kawan je, Kamarul ajak gi shopping, gi makan satay kajang, gi bowling. Entah macam mana, hati Imah ni dah terpaut lak kat Kamarul nih... maka hilang la bayang2 Razak drpd hati Imah..

Setelah genap 3 tahun.. Razak pun pulang ke Malaysia. Beria2 le mamat nih nak jumpa Imah. belum sempat nak call Imah, Razak ternampak Imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town. maka berderai le jiwa raga Razak.. sedih je mamat tuh... tak lalu makan. at the same time.. Imah dok jalan2... sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu Kamarul tu laki org. Imah pun frust..cuba nak kembali kepada Razak. Masa tu dia lom tau lagi Razak ni dah balik Malaysia.
http://familiazam.com
Razak pun memberanikan diri dia... jumpa Imah. dia gi le rumah Imah. muka Razak masam je.. Imah tanya le apasal masam. Razak cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat masa sepeninggalanku" Imah terperanjat... "err bila masa lak nih.. aku setia apa..." kata Imah razak berkata... tersedu2.. " Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn Kamarul ..." Imah terdiam... "tamat lah hubungan kita disini sahaja ..." tambah Razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK tu...seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..." Razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih Imah yg sedang menangis...

I can tell by your eyes
That you've probably been crying forever
And the stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart
http://familiazam.com
Imah terdiam... masih menangis....Razak sambung...

If I stand all alone
Will the shadows hide the colours of my heart
Blue for the fears
Black for the night's fears
The stars in the sky
Don't mean nothing to you
They're a mirror
http://familiazam.com
I don't wanna talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
If I stay here won't you listen
To my heart, ohhh, my heart

"Suara Razak terus mendayu2....

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"
http://familiazam.com
Razak ulangi phrase yg sama....Imah terdiam...walaupun air mata masih mengalir...

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"

Setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh Razak untuk imah itu... tiba2 mulut Imah berkata ... " abang, Imah nak beritahu abang sesuatu" "katakan lah duhai Imah" jawap Razak dengan suara perlahan... " err... err..." kata Imah dlm keadaan bersalah..."katakan lah .. katakan lah Imah.. abang sanggup terima..." tambah Razak...perlahan2.. Imah berkata:
http://familiazam.com
"Abang..."
"Sebenarnya... Imah tak paham bahasa Inggeris..."

cinta

"Cinta..ibarat kentut... "

makin dipendam makin gelisah...

bila di lepaskan ... ... .

ahhhhhhh lega rasanya... ... .